~~Hujan Turun~~
Allah menciptakan manusia yang begitu sempurna tapi apa yang kita lakukan tidak semestinya selalu sempurna. kita tidak sedar.. tapi kesedaran itu timbul bila kita lakukan kesilapan.
Monday, August 22, 2011
TAHUKAH ANDA??
(Beberapa fakta yg ditulis ketika menahan lapar dan dahaga)
1. Amalan SUNAT di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan amalan FARDU, dan amalan FARDU di ganda 70 kali ganda, tapi solat FARDU berjemaah tidak ramai orang buat manakala solat SUNNAT tarawikh ramai pula orang buat.
2. Bulan Ramadhan terdiri daripada tiga bahagian iaitu 10 hari awalnya rahmat, 10 hari pertengahannya keampunan dan 10 hari akhirnya kelepasan dari api neraka, manakala kebanyakkan masjid surau pula terbahagia kepada tiga bahagian, 10 hari awalnya penuh, 10 hari pertengahannya ‘lega’ dan 10 hari akhirnya lengang(merujuk kepada saf masjid/surau)
3. Berita dapat bonus setengah bulan lebih di rasai gembira dari berita mendapat bonus seribu bulan, kerana kesesakkan orang di pasar berbanding kelengangan orang di 10 akhir Ramadhan terserlah sudah.(rujuk point no.2)
4. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka, tapi kita hanya mampu beristigfar melihat orang berbuka puasa membazir ikan ikan bakar di meja meja.-hurmm.
5. Sesungguhnya Allah membebaskan hamba hamba dari api neraka pada setiap malam pada bulan Ramadhan, manakala kita pula membebaskan letupan letupan dari bunga api dan mercun pada setiap malam bulan ramadhan.-oh bukan kita,..org lain neh,.
6. Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar, dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam.
7. Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja walaupun hanya sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadha’nya walaupun berpuasa seumur hidup, manakala sesiapa yang tidak sempat menempah baju raya dengan sengaja ,walaupun hanya sehelai tanpa keuzuran atau sakit,dia pasti akan dapat menempah seribu helai lagi walaupun tak habis pakai seumur hidup.Moral: jangan ponteng puasa.
8. Hadith kelebihan solat sunnat tarawikh yang menceritakan kelebihan melampau lampau di yang di gantung gantung di masjid dan surau adalah hadith palsu walaupun ada yang tak tahu hadith itu palsu, tapi masjid tetap kosong di akhir ramadhan kerana mereka lebih gemar membeli gubahan hiasan bunga bunga dan pasu pasu.
9. Tahukah anda, bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, tak tahu? Ne nak bagitahu.
10. Puasa politik atau mogok lapar direka oleh Mahatma Gandhi, orang islam tak payah nak tunjuk perasaan dengan mogok lapar-bodoh ke apa?
11. Ada orang islam yang berpuasa dinegara 4 musim yang siang harinya pendek, sekejap sahaja mereka puasa sudah masuk waktu berbuka dan ada orang islam yang siang harinya panjang sampai 18 jam baru berbuka, selamat berpuasa. Allah know best!
12. Bulan tak puasa solat magrib paling penuh dalam carta solat paling popular dii kuti solat isyak, manakala solat subuh paling lengang, tapi bila tiba bulan puasa, solat subuh penuh macam solat magrib, wah bagusnya, tapi solat maghrib pulak menjadi lengang kerana sibuk berbuka.pulak!
13. Kita hendaklah memberitahu orang yang mengumpat di depan kita supaya berhenti mengumpat dengan menyatakan “aku sedang berpuasa” kerana mengumpat di depan orang yang berpuasa adalah satu kesalahan walaupun mengumpat orang lain.
14. Ada orang yang puasa tapi tak solat sedangkan solat adalah amalan pertama yang akan di hisab yang mana jika solat diterima barulah amalan lain akan diterima,
15. Diberitakan sahabat Nabi menangis di akhir Ramadhan kerana sedih bulan mulia dah nak berlalu, tapi kita (tak payahlah nk mengumpat dibulan puasa- rujuk point 13)
16. Kebanyakkan lagu lagu raya yang seronok di dengar itu adalah dinyayikan oleh orang yang sudah lama meninggal dunia. Bukan sepatutnya rasa seram ke?
17. Di 10 malam akhir ramadahan, ada orang buat solat tahajjud berjemaah dan mungkin ada yang buat dengan tidak berjemaah, yang berjemaah jangan perasan bagus sebab yang buat asing asing itu sedang ikut sunnah Nabi.
18. Setiap tahun penyanyi Mam Bai yang pernah popular dengan lagu “masih aku tarasa” mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih bermakna agar dapat Mam Bai lalui Dengan sempurna- aku juga mengharapkan begitu, sambil menyanyi lagu : Harapan ramadhan.., selangkah demi selanglah, ewah..
19. Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur, maka makanlah sahur, dan jika tak berselera, sila mandi sebelum sahur, insyAllah, berselera
20. Segerakan berbuka, kerana itu sunnah, tapi ada masjid segerakan tarawikh tapi tinggal solat sunnat ba'adiah lepas isyak, apa kes?
21. Ada antara anda yang ketika membaca perenggang ini, masih belum membayar zakat fitrah.Mengaku jelah...
22. Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ dalam kubur yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah!
23. Satu hari nanti kita akan mati.Mungkin puasa tahun ni adalah puasa last anda atau mak bapak anda, atau org2 kesayangan anda. semua orang akan mati, anda tidak mampu mengubahnya.
SELAMAT BERAMAL...(YG NI ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..) =)
Thursday, May 19, 2011
TRIVIA 'AKIF JIHADY 1 YEAR - PART 1
This is the latest picture of 'akif jihady. pd tarikh entry ini d tulis, 'akif is about 1 year plus minus. so far akif dah membangun bersama islam dengan pesatnye. berat dia pun dah cecah 10 kilo plus minus. about 3-5 minutes dukung, i wil put him down becoz x tahan dgn mass of his body. bila mama dukung 'akif selalu tok akan cakap 'x macam mak dia, macam kakak dgn adik'..no wonderlah bcoz im still look young n small huhuu,., 'akif xbyk kerenah, he is a good boy, somestimes dia ada jgk la mengamuk ngamuk. but a mild one. selalunya dia mau apa2 barang dia akan membuat bising sampailah i giv him the thing. but to find out what is the thing is not an easy job. yelah 'akif couldn't talk yet n i dunt simply understand a single word from him.
Contoh situasi 1:
Mama tgh tgk tv. 'akif xberapa minat tgk tv jd dia merengek rengek sambil tangan menunjuk-nunjuk sesuatu area bakul mainan. he want something. i giv him kereta bomba. he refused. mama bg pedang, udang besar, bot, kapal korek, kucing,.bla bla..,semua pun dia xmau. 'akif tetap buat bunyi 'eehhhhh.,uuoohhhhhhh' dan 'ngeeekkk nnngeeeeeeeeeeeeeek'.,,.,,,,,, mama pun tgk lg apalaa benda yg dia nk sebenarnya. mama hulur setiap bola yg ada kt dlm bakul tuu sbb sometimes dia memang particular nk main dgn bola mana...it really make a difference to him!., green ball, blue ball, yello ball, red,.,.,.habis satu bakul dah selongkar tp dia masih menjerit 'uuhhhhhhhhhhh,..,aaohhhhhhhhh,.' lastly mama letak 'akif kt tgh2 longgok tu,.then he crawl masuk dlm bakul yg dah mama kosongkan td. 'akif angguk2 tanda setuju dan cakap dlm bahasa dia yg mama xpaham sebutir pun,..,'baaaaaaaa ba daaaa breee bre,,.' dgn gaya puas hati pastu gelak2,..,,rupenyer dia nk masuk dlm bakul kaa.,
Oh kata nk trivia 'akif jihady setahun kan,,.so i wil start on the day he was born. 'akif dilahirkan tengahhari 14/4/2010 d dewan bersalin muslimah. knp pilih private hosp? senang saja bcoz nk jg aurat xnak deliver dgn khadiran any male doc or male staf or male nurses except my beloved husband., everything was just fine.,,ini gambar yg walid snap selepas nurses dh bg 'akif mandi bersih2. waktu tu 'akif buat muka innocent jer n hairan2 dgn dunia yg bru d datangi. walaupun begitu 'akif xputus2 mengucap syukur atas limpah kurnia taufiq hidayah dan kasih sayang yg telah Allah berikan. alhamdulillah ala kulli hal.., Terima kaseh juga kepada semua yang telah MENDOAKAN keselamatan dan KEMUDAHAN TERUTAMANYA DALAM URUSAN INI.
On the first three days being a mother is the most challenging event in my life., it was a study week n final exam was just around the corner.in addition 'akif kene yello fever, bacaan serum bilirubin (SB) dah naik 18. so mama n 'akif naik ambulan ke hospital,walid ikut dgn kereta dr belakang. 'akif kene admit ward, duduk bwh lampu florescent utk menurunkan bacaan SB tadi. mama was warded too,.these are the photos of 'akif during treatment.
Walaupun 'akif sakit kene injection utk amek sampel darah sebab mula2 doctor inject cari urat kat tumit pastu kat tangan pulak. i wonder how they could be a doc?,.but alhamdulillah 'akif still sabar dan redha atas ujian ini.,oh dan juga still very active. mama masih ingat tangan 'akif x mau duduk diam. lepas bg pakai 'spek mata hitam' dia akan tarik lagi dan lagi tarik (berulang sebanyak 10 kali),.(nota tangan: semua baby yg duduk bwn lampu florescent tersebut kene pakai spek mata hitam utk keselesaan supaya mudah tidur tanpa gangguan pancaran sinaran cahaya) selepas tu akif tertidur kepenatan.,legaa..after 5 minutes when he woke up, 'akif nangis dan jerit kuat2 sampai smua org tgk.buat mama panik sangat,,kelam kabut bg dia susu. diam terus..
***************************************
Keesokan harinya after check out from hospital, kita balik semula ke USM. the next day mama ada paper BOI 109 Biostatistic. so malam tu 'akif teman mama stay up @ baca: mama teman 'akif tidur. the next three days ada paper lg BOT 205 Microscopic Technique and Histology. kemudian 2 hr lepas tu,.hingga tamat semua 5 paper mama amek dlm tempoh berpantang itu. alhamdulillah, setelah segala yg dilalui EMOTIONALLY n PHYSICALLY i managed to pass all the killer papers on that semester. thanks to walid yg bersusah payah papah mama ke dewan exam, dgn berstoken tebal dan pakai bengkung.,bersama bau bauan ramuan herba akar kayu.,hahaa,..what a day to remember!!
To be continue..
Note: This entry was prepared by Ummu Jihady.. Jazakallah..,
Saturday, October 23, 2010
BILA RUMI MENARI
kita menari bukan sebarang tarian
asalnya dari tanah orang-orang pilihan
bila terdengar masnawi ciptaan maulan
kubunuh nafsu lebur rantainya dari badan
hingga hilang bangga diri
berani hidup berani mati
bagai musafir bertemu janji
ini darwis sudah gila berahi
kita tak rindu pada siasah dunia
perangkapnya membuat manusia alpa
untuk bertemu impian bukan percuma
mengorbankan yang tersangat kita cinta
bagai yunus dimakan paus
ibrahim tak makan api
bertemu kekasih di malam kudus
luka di badan tak terasa lagi
pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
aku mabuk hakiki mendengar suaramu
sayang pada mereka yang tak mengerti
sayang pada hati tertutup mati
bagai sanggar tanpa penghuni
burung berharga terlepas lari
rindu
kembali bertemu
hatiku merindukan pemiliknya
rindu
kembali bersatu
kembali bersatu dengan yang dikasihi
Thursday, September 2, 2010
MENCARI BUKAN MENANTI,
“Malam kemuliaan itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.”
Apakah maksud Allah swt dengan ungkapan “lebih baik daripada seribu bulan?”
Kita harus faham bahawa surah berkenaan Lailatul Qadar sebenarnya membicarakan tentang penurunan Al-Quran. Malam diturunkan Al-Quran itu disebut Lailatul Qadar. Walaupun ia berlaku hanya satu malam sahaja, tetapi satu malam itu jauh lebih baik daripada 1000 bulan yang dipenuhi dengan kegelapan syirik, kesesatan dan sebagainya.
Surah Al-Qadr juga membicarakan tentang para malaikat yang turun disertai Jibrail a.s dengan izin Allah swt dengan membawa urusan. Jibrail turun menyampaikan wahyu yang terakhir kepada Nabi saw. Ini bermakna baginda telah mendapat Lailatul Qadar.
Namun kini, apakah urusan para malaikat turun ke bumi pada setiap bulan Ramadhan setelah kewafatan baginda?
Para malaikat adalah makhluk yang suci yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Suci. Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadan. Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadar. Apatah lagi pada malam itu, malaikat yang turun bukanlah malaikat-malaikat yang sembarangan, tetapi yang tinggi “rankingnya” misalnya Jibrail a.s.
Lazimnya malaikat turun untuk membawa amalan manusia misalnya doa-doa, istighfar atau hajat-hajat mereka kepada Allah swt. Namun pada Lailatul Qadar, tugas mereka adalah lebih daripada itu. Menurut pendapat ulama kontemporari, malaikat yang turun bukan sahaja untuk membawa amalan manusia pada malam itu, tetapi turut bertamu dalam hati-hati mereka yang telah mendapat penghormatan daripada Allah swt.
Oleh itu, sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadar, terdapat seorang malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya. Ini bermakna bermula daripada malam itu sehingga hari berikutnya, hidupnya semakin terarah.
Jika sebelum ini bisikan syaitan dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan fitrahlah sentiasa menang. Hidupnya akan berubah menjadi baik. Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi sensitif dan susah hati mengenangkan dosa. Inilah tandanya orang yang mendapat Lailatul Qadar.
Rugilah bagi orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadar barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan dan mengabaikan 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan. Ibnu Kathir pernah menyatakan dalam kitabnya, ada pendapat ulama yang menyatakan bahawa setiap malam dalam bulan Ramadan ini itu ialah malam Lailatul Qadar. Jadi, lebih selamat jika kita menganggap setiap malam itulah Lailatul Qadar supaya kita berterusan meningkatkan ibadah.
Teringat kata Imam Hasan Al Basri, “jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan).Tegasnya, Lailatul Qadar itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak akil baligh lagi – hati terus terusan dibersihkan, hingga tiba saatnya layak menjadi wadah tempat bertamunya para malaikat. Hingga dengan itu bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik,.
Jadilah hamba yang mencari malam al Qadar, bukan yang hanya menantinya
Oleh kerana Ramadhan akan meninggalkan kita, ada empat perkara yang perlu kita perhatikan.
1. Masa merupakan umur kita. Kita lihat betapa cepatnya masa berlalu. Ada dua perkara yang penting di dalam membicarakan mengenai masa.
i. jangan masa berlalu dengan sia-sia
ii. jangan masa berlalu dengan dosa
2. AmalKita juga perlu melihat dan mengkoreksi amalan kita. Amalan ada lima peringkatnya
i. amalan bentuk diri seperti sembahyang, puasa zakat dan sebagainya
ii. amalan bentuk keluarga seperti nafkah, menjadi isteri yang taat, menjadi anak yang taat dan sebagainya
iii. amalan bentuk masyarakat seperti menjaga keamanan masyarakat, amar makruf nahi mungkar
iv. amalan bentuk negara seperti mempertahankan negara, membangunkan negara selaras dengan agama dan sebagainya
v. amalan bentuk ummah Islamiyyah sekeliannya.
Seperti membantu atau mendoakan saudara seIslam walau di mana mereka berada.Ramai orang yang menjalani kehidupan tanpa amalan. Ada juga orang yang menjalani kehidupan dengan amalan yang dibuat dengan sambil lewa.
3. Hubungan dengan AllahDi antara tujuan Ramadhan ialah untuk ketaqwaan. Kemuncak sifat taqwa ialah pergantungan kita kepada Allah.Ramai orang yang bergantung dengan harta mereka, sebab itulah jika harta habis mereka akan rungsing. Ramai orang yang bergantung dengan projek, sebab itu apabila tidak ada projek maka mereka akan rungsing.Oleh itu, kita perlulah menggantungkan hidup kita pada Allah. Orang yang mengantungkan hidup pada Allah tidak akan rungsing dan menderita jiwanya. Ini kerana Allah akan memberikannya jalan keluar bagi segala permasalahan dan memberinya rezki dari sumber yang tidak di sangka.
4. Rasa kehambaanRasa hamba adalah rasa tunduk di hadapan Allah. Orang tunduk di hadapan Allah, akan diangkat di hadapan manusia.Ramai orang yang merasa rendah diri terhadap keduniaan. Hasilnya dia akan menderita jika miskin, menderita jika pakai kereta buruk, menderita jika tak cantik. Ini kerana dia rasa rendah diri terhadap unsur keduniaan di hadapan manusia. Hasilnya hidupnya terhamba di dalam kemerdekaan. Hilang ketenangan dan lenyapkah kebahagiaan.
Konklusinya segala apa yang dilalui, perlu selalu bermuhasabah.
Saidina Umar mengatakan “hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab”.
Semoga Allah akan terus menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.
Tuesday, August 31, 2010
SUAMI IDAMAN ISTERI
SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri anda sebagai suami yang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak agamadan masyarakat serta meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.,tapi bagaimana caranya?
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang comel, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
19. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
20. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
21. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
22. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
23. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
24. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
25. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
26. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
27. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang, tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
SELAMAT MENCUBA =)
Thursday, February 11, 2010
~BERTUTURLAH CINTA~
bertuturlah cinta
mengucap satu nama
seindah goresan sabdamu dalam kitabku
cinta yang bertasbih
mengutus hati ini
kusandarkan hidup dan matiku padaMu
bisikkan doaku
dalam butiran tasbih
kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
sudah di ubun-ubun
cinta mengusik resah
tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
ketika cinta bertasbih
nadiku berdenyut merdu
kembang kempis dadaku
merangkai butir cinta
garis tangan tergambar
tak bisa aku menentang
sujud syukur padaMu
atas segala cinta
~~"cinta kpd Allah dgn ketaatan,
cinta kpd rasul dgn keperibadian mulia,
cinta kpd jihad dgn perjuangan,
cinta kpd makhluk dgn mentaati Allah,mencontohi rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dgn perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan,.,"~~
Sunday, November 1, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)