Tuesday, September 23, 2008

ramadhan y berlalu.,.,

Ramadhan telahpun berakhir.

Biasanya, kehidupanku selepas Ramadhan adalah smooth.

Ramadhan bulan tarbiyyah. Bulan latihan. Aku dididik ketika Ramadhan. Dididik untuk lebih sabar. Dididik untuk lebih tabah. Dididik untuk lebih sistematik.
Tapi tidak Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini, satu kekecewaan bagiku. Satu kegagalan bagiku.
Gagalnya aku sepanjang Ramadhan, gagallah aku selepasnya jua.
“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Ramadhan meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Aku hilang tujuan. Hilang arah. Arah yang ku tuju dahulu, kini nyata hanya ilusi semata-mata. Sesatnya aku di cerah cahaya, ah, betapa gelapnya hatiku!
Dan kini, aku mula mengatur kembali langkah. Menyusun kembali kehidupan yang caca-merba.
Aku ingin menjadi aku yang dahulu kembali. Or even better!

6 comments:

Lyn_na said...

Betul tu..Bulan ramadhan ni mengajar kita seribu satu makna yang sgt berguna..Moga2 segala amalan yang kita buat di bulan ramadhan diberkati Allah.

haniza said...

semoga amalan kita istaqomah di bulan bulan seterusnya,..,

haniza said...

semoga ramadahan y berlalu dapat mentarbiyah diri menjadi mnusia y lebuh baik

haniza said...

sama-sma lah kita manfaatkan bulan Ramadhan dgn sebaik mungkin..