Tuesday, October 27, 2009

MANUSIAA ITUU,.

Lama rupanya ku tinggalkan sepi blog ini,.,biasalah terlalu sebuk menyiapkan proposal sama assignment hingga ke saat saat akhir hingga tak berkesempatan menulis kata melukis bahasa,.,rasa agak kekok pula untuk menyusun bicara,.,aahh tak kesah lah,.,pagi yang hening lagi penuh barokah ini saya dengan rendah diri dan penuh rasa tawadduknya ingin membawa sahabat sahabat merenung sejenak suatu ciptaan Allah yang maha ajaib n marvellous in the world,.,ape die,kucin bukan ayam itik bukan juga,.,jeng jeng,.,MANUSIAA,.,


Manusia tu macam kita laahh,,.macam saya,macam mak abah saya.,,macam zaujah saya,macam saudara saudari semua,.ada tangan,ada kaki,ada mulut utk berkata-kata,ada telinga untuk mendengar,mata utk melihat dunia,.,rambut utk.,utk ape yee?asal kejadian manusia yang marvelous ada macam-macam ni Allah ciptakan dari jisim kathif+jisim syafaf+nurani,.,menurut rumusan ramuan2 yang digunakan adalah seperti berikut : (blum pernah ditayangkan dlm rancangan masak memasak bersama chef wann)
jisim kathif=air+tanah
jisim syafaf=api+angin
nurani=akal+nafsu+roh+hati
so in conclusion
we total up the ingredients:
jisim kathif+jisim syafaf+nurani=jadila manusia yang comel.,,huhuu

Maka sambung cerita,.,selain manusia Allah dengan segala kebesaranNya telah juga menciptakan makhluk-makhluk lain sebagai teman manusia di atas muka bumi ini,kalu tak nanti manusia xde makanan pulak,mati akibat starving,so Allah dengan segala kebesaranNya telah menciptakan binatang-binatang serta tumbuh-tumbuhan,.,
Binatang-binatang itu contohnya seperti harimau,kucin ayam itik,kambing,semut dan lain-lain lagi telah Allah ciptakan dengan segala kebesaranNya menggunakan jisim kathif+jisim syafaf semata-mata tanpa adanya nurani.,



Hatta bagi batu batuan dan tumbuh tumbuhan cuntuhnya macam pokok serai,lengkuas,pandan,kelapa dan lain-lain lagi,.,juga contoh batu batuan ialah seperti granit,krikil,batu pasir,.batu karang,batu nisan juga batu blah batu bertangkop pula telah Allah ciptakan juga dengan segala kebesaranNya menggunakan hanya jisim kathif semata-mata iaitu air dan juga tanah,.



Hebatnyaa Allah,.,mampu mencipta macam-macam sedang kita hanyalah makhlukNya yang lemah hina dina n y sama waktu dgnnya,.,nak cipta apa-apa pun terbatas kemampuannya,.okee,mari kita cuba cabar diri manusia,.,cuba cipta satu benda tanpa gunakan apa-apa,.,contoh,..,.cuba cipta pensel tanpa guna apa2 bahan mentah seperti kayu ke batu ke granit ke,.,.boleh ke?mesti x bole kan,.itulah namanya kemampuan manusia terbatas.,,

Oleh itu saudara saudari sahabat sahabat yang dicintai Allah lagi dikasehi nabi di pagi yang penuh barokah ini setelah menikmati nikmat-nikmat ciptaan Allah dengan segala kebesaranNya marila kita menambah amal soleh dengan berzikir kepadaNya.,.,

oke,.,kita mula

wahid isnanii salasaa,..,.

subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahuakbarr,...(lagi ulang,ulang.,.,dan ulang lagiii)

moga ada khoirnya =)

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan 1430H




Assalamulaikum sahabat-sahabat seperjuangan,

Bersempena memasuki bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini saya dan keluarga ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan dan dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin.

Sudah pasti banyak majlis-majlis ilmu akan dan telah diadakan, untuk pengetahuan sahabat-sahabat sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini Pusat Islam dengan kerjasama Masjid al-Malik Khalid telah mengadakan kelas Talaqqi kitab-kitab turasy (kitab lama). Antara kitab-kitab yang diperbincangkan adalah seperti di atas:
Marilah kita mencari kelapangan untuk menghadiri majlis Ilmu yang sentiasa dipayungi oleh sayap-sayap Malaikat..
Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh semasa mendengar Tazkirah Ramadhan, Marilah kita renungkan erti Ramadhan yang sebenar iaitu, kepanasan..., Jika kita renungi firman Allah : " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan oleh umat sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa" Al-Baqarah 1:183
Kita dapat fahami bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan ini telah pun dilakukan oleh umat-umat terdahulu seperti umat nabi Daud yang telah diturunkan kitab Taurat yang mengandungi Syariat dan Akhlaq. Jika diambill contoh zaman nabi Daud a.s Allah telah mewajibkan umatnya berpuasa iaitu selepas waktu isyak hinggalah waktu maghrib. Manakala Jika dilihat pada zaman nabi Musa, Allah telah menurunkan kitab Taurat yang menjadi pegangan bagi umatnya berpuasa dengan tidak boleh berkata-kata. Begitulah sedikit perbandingan puasa oleh umat-umat terdahulu. Jika difikirkan Allah telah banyak mempermudahkan amalan berpuasa bagi umat akhir zaman ini. Wallahualam..
P/S: Minta respon dari sahabat-sahabat sekalian..

Thursday, August 6, 2009

NISFU SYAABAN


semalam,hari khamis bersamaan 6 ogos besamaan 15syaaban atau lebih terkenal dgn panggilan nisfu syaaban..,nisfu yang membawa maksud setengah atau separuh,.merujuk kepada pertengahan bulan syaaban iaitu pada 15 syaaban,.,.

maghrib itu saya ditelefon oleh mama di kampung mengingatkan akan keberkahan dan keutamaan mlm nisfu syaaban ini...yang pada saban tahun juga kita saksikan masjid2 dipenuhi ore ramai yang menyibuknyibukkan diri nak solat jemaahlah,nk solat awal waktulah,nk bc quran,nk zikir tasbeh,nk mkn jamuan lepastuu,nk bla bla ...hehe,.

tok tok siak jg xkurang sebuknya,.,hampar tikar sampai ke luar,nk bc yassin 3kali lg.,terfikir knp mlm ne bru nk kalut bc yasin,knp kena 3 kali pula,..dah jadi adat melayu menyambut nisfu syaaban ne gamaknya,.,

sedang tiada nas atau dalil soheh yang menyebut soal ne,yang ada hanyalah nas nas yang doif lagi mardud torofnya..bg yang xamek lughah arabiyah ms secondary scool,mardud itu artinya tertolak.,ini diakui sendiri oleh para para imam mujtahid muktabar such as dr+prof qardawi dalam kitabnya fatwa muaasirat,juga prof terkenal kebanggan org2 mesir al imam syarawi dalam karya beliau 'anta tasal wa islam yujib'(you tanyalaa,islam nanti bg jawapan)

magrib itu saya juga ke masjid,masjid almalek khalid yang tersergam megah menjadi kebanggaan warga universt lestari di dalam taman yang anti sampah sarap dan sampah masyarakat ini,..,.seperti biasa saff solat xsampai separuh masjid,.muslimin hanya dlm 3 saff saje,.,tapi tu dah kira ada peningkatan daripada biasa,.,tp mak aii,.parkin penuh hari tu,.tepaksa la kuparkinkan wca kt tepi simpang kona jalan di situ.,.,.,lepas solat ada diskusen dgn al ustaz shahir n al ustaz rizal,.lepastu balik,.,dahhh,.menyimpang dr crta sbnr,.,bkn nk crt pasal p masjid,sbnrnya nk crt pasal nisfu syaaban y dh jd adat n kebudayaan melayu.,

aiwah,.,kt bwh ne ade beberapa soalan femes sekitar aktiviti yang melayu kita suka buat bila tiba nisfu syaaban with answers also.,so that we can refresh our understanding towards islamic activities.,.,.

SOALAN 1
apekah kelebihan@keistimewaan nisfu syaaban?
JAWAPAN:
ulama2 mujtahidin dah cari tp xde ape2 rekod soheh,.cuma malam yang di agungkan dlm islam hanya malam alqadr,

SOALAN 2
apekah hukum amalan membaca yassin 3x pd mlm nisfu syaaban?
JAWAPAN:
mbaca yassin 3 kali pd mlm nisfu syaaban adalah bidaah n tiada nas yang mensyariatkannya,amalan ini adalah sematamata adat melayu.

SOALAN 3
eh xkan bc yassin pun bidaah kut,
kan kita d galakkan bc quran,saya konfiuss lee,.
JAWAPAN:
bc yassin tidak bidaah,.,
yang jd bidaahnya bila dikaitkan dgn pristiwa n mlm tertentu sedangkan ia bukan d ambil dr nabi SAW,.

SOALAN 4
ade ke nas yang mengatakan pd mlm nisfu syaaban amalan kita setahun yang lalu di angkat ke langit n kita dpt buka buku baru utk thn akn dtg?
JAWAPAN:
pendapat tersebut adalah doif,ada d sebut dlm bbrp buah kitab tp tiada nas soheh,

SOALAN 5
ape hukum puasa sunat SELEPAS 15syaaban?
JAWAPAN:
berkata imam syaukani
"jumhur ulama mengharuskan puasa selepas 15syaaban krn larangannya dtg dr hadis doif,"

begitulah sahabat2,.,bulan yang mulia,,bulan syaaban ini kita di anjurkan berpuasa sunat kerana
menurut hadis dr aisyah meriwayatkan

"Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihiwasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallammenyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban."(Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:
Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulanSya`ban"
Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalanmanusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i)

Wednesday, August 5, 2009

SALAM UKHWAH TO MY ISDEV FAMLY =)



Salam ukhuwah n salam perkenalan buat sahabat2 seperjuangan,,.apa khabar iman iman di hati.,.,bagaimana ketaqwaan di jiwa,.,.
alhamdulillah,.syukur pada Allah yang mempertemukan kita n mengikat hati2 kita di jalanNya,.,dalam tanpa sedari kita sudah bersama sama selama lebih sebulan di bumi minden yang penuh barokoh ini.. harap ilmu kita semakin bertambah,.dengan pertambahan ilmu insyaallah akan membuahkan peningkatan amal kepadaNya.. ameen.
tak lupa juga buat alfadhil assheikhulkaberr al ustaz Shahir ibni hassan diucapkan Selamat melangkah ke alam rumah tangga.. semoga hidup lebih sempurna bak kata idola kita kekasih Allah junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w sabda Baginda yang maksudnya:
"Apabila seseorang itu berkahwin maka ia telah menyempurnakan sebahagian agamanya dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan yang sebahagian lagi".

Buat sahabat2 yg belum berkahwin.. renungkanlah..

Doa Rabithah ini khas sebagai renungan kita bersama... Cuba sahabat2 hayati makna disebalik doa di atas.. Marilah kita aplikasikan dalam kehidupan seharian...

wassalam..