Saturday, October 23, 2010

BILA RUMI MENARI




kita menari bukan sebarang tarian
asalnya dari tanah orang-orang pilihan
bila terdengar masnawi ciptaan maulan
kubunuh nafsu lebur rantainya dari badan

hingga hilang bangga diri
berani hidup berani mati
bagai musafir bertemu janji
ini darwis sudah gila berahi

kita tak rindu pada siasah dunia
perangkapnya membuat manusia alpa
untuk bertemu impian bukan percuma
mengorbankan yang tersangat kita cinta

bagai yunus dimakan paus
ibrahim tak makan api
bertemu kekasih di malam kudus
luka di badan tak terasa lagi
pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
aku mabuk hakiki mendengar suaramu

sayang pada mereka yang tak mengerti
sayang pada hati tertutup mati
bagai sanggar tanpa penghuni
burung berharga terlepas lari

rindu
kembali bertemu
hatiku merindukan pemiliknya
rindu
kembali bersatu
kembali bersatu dengan yang dikasihi

Thursday, September 2, 2010

MENCARI BUKAN MENANTI,


“Malam kemuliaan itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.”
Apakah maksud Allah swt dengan ungkapan “lebih baik daripada seribu bulan?”
Kita harus faham bahawa surah berkenaan Lailatul Qadar sebenarnya membicarakan tentang penurunan Al-Quran. Malam diturunkan Al-Quran itu disebut Lailatul Qadar. Walaupun ia berlaku hanya satu malam sahaja, tetapi satu malam itu jauh lebih baik daripada 1000 bulan yang dipenuhi dengan kegelapan syirik, kesesatan dan sebagainya.

Surah Al-Qadr juga membicarakan tentang para malaikat yang turun disertai Jibrail a.s dengan izin Allah swt dengan membawa urusan. Jibrail turun menyampaikan wahyu yang terakhir kepada Nabi saw. Ini bermakna baginda telah mendapat Lailatul Qadar.
Namun kini, apakah urusan para malaikat turun ke bumi pada setiap bulan Ramadhan setelah kewafatan baginda?

Para malaikat adalah makhluk yang suci yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Suci. Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadan. Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadar. Apatah lagi pada malam itu, malaikat yang turun bukanlah malaikat-malaikat yang sembarangan, tetapi yang tinggi “rankingnya” misalnya Jibrail a.s.

Lazimnya malaikat turun untuk membawa amalan manusia misalnya doa-doa, istighfar atau hajat-hajat mereka kepada Allah swt. Namun pada Lailatul Qadar, tugas mereka adalah lebih daripada itu. Menurut pendapat ulama kontemporari, malaikat yang turun bukan sahaja untuk membawa amalan manusia pada malam itu, tetapi turut bertamu dalam hati-hati mereka yang telah mendapat penghormatan daripada Allah swt.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadar, terdapat seorang malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya. Ini bermakna bermula daripada malam itu sehingga hari berikutnya, hidupnya semakin terarah.
Jika sebelum ini bisikan syaitan dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan fitrahlah sentiasa menang. Hidupnya akan berubah menjadi baik. Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi sensitif dan susah hati mengenangkan dosa. Inilah tandanya orang yang mendapat Lailatul Qadar.

Rugilah bagi orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadar barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan dan mengabaikan 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan. Ibnu Kathir pernah menyatakan dalam kitabnya, ada pendapat ulama yang menyatakan bahawa setiap malam dalam bulan Ramadan ini itu ialah malam Lailatul Qadar. Jadi, lebih selamat jika kita menganggap setiap malam itulah Lailatul Qadar supaya kita berterusan meningkatkan ibadah.

Teringat kata Imam Hasan Al Basri, “jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan).Tegasnya, Lailatul Qadar itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak akil baligh lagi – hati terus terusan dibersihkan, hingga tiba saatnya layak menjadi wadah tempat bertamunya para malaikat. Hingga dengan itu bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik,.
Jadilah hamba yang mencari malam al Qadar, bukan yang hanya menantinya

Oleh kerana Ramadhan akan meninggalkan kita, ada empat perkara yang perlu kita perhatikan.
1. Masa merupakan umur kita. Kita lihat betapa cepatnya masa berlalu. Ada dua perkara yang penting di dalam membicarakan mengenai masa.
i. jangan masa berlalu dengan sia-sia
ii. jangan masa berlalu dengan dosa

2. AmalKita juga perlu melihat dan mengkoreksi amalan kita. Amalan ada lima peringkatnya
i. amalan bentuk diri seperti sembahyang, puasa zakat dan sebagainya
ii. amalan bentuk keluarga seperti nafkah, menjadi isteri yang taat, menjadi anak yang taat dan sebagainya
iii. amalan bentuk masyarakat seperti menjaga keamanan masyarakat, amar makruf nahi mungkar
iv. amalan bentuk negara seperti mempertahankan negara, membangunkan negara selaras dengan agama dan sebagainya
v. amalan bentuk ummah Islamiyyah sekeliannya.
Seperti membantu atau mendoakan saudara seIslam walau di mana mereka berada.Ramai orang yang menjalani kehidupan tanpa amalan. Ada juga orang yang menjalani kehidupan dengan amalan yang dibuat dengan sambil lewa.

3. Hubungan dengan AllahDi antara tujuan Ramadhan ialah untuk ketaqwaan. Kemuncak sifat taqwa ialah pergantungan kita kepada Allah.Ramai orang yang bergantung dengan harta mereka, sebab itulah jika harta habis mereka akan rungsing. Ramai orang yang bergantung dengan projek, sebab itu apabila tidak ada projek maka mereka akan rungsing.Oleh itu, kita perlulah menggantungkan hidup kita pada Allah. Orang yang mengantungkan hidup pada Allah tidak akan rungsing dan menderita jiwanya. Ini kerana Allah akan memberikannya jalan keluar bagi segala permasalahan dan memberinya rezki dari sumber yang tidak di sangka.

4. Rasa kehambaanRasa hamba adalah rasa tunduk di hadapan Allah. Orang tunduk di hadapan Allah, akan diangkat di hadapan manusia.Ramai orang yang merasa rendah diri terhadap keduniaan. Hasilnya dia akan menderita jika miskin, menderita jika pakai kereta buruk, menderita jika tak cantik. Ini kerana dia rasa rendah diri terhadap unsur keduniaan di hadapan manusia. Hasilnya hidupnya terhamba di dalam kemerdekaan. Hilang ketenangan dan lenyapkah kebahagiaan.


Konklusinya segala apa yang dilalui, perlu selalu bermuhasabah.
Saidina Umar mengatakan “hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab”.
Semoga Allah akan terus menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.

Tuesday, August 31, 2010

SUAMI IDAMAN ISTERI



SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri anda sebagai suami yang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak agamadan masyarakat serta meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.,tapi bagaimana caranya?
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang comel, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
19. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
20. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
21. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
22. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
23. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
24. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
25. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
26. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
27. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang, tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

SELAMAT MENCUBA =)


Thursday, February 11, 2010

~BERTUTURLAH CINTA~




bertuturlah cinta
mengucap satu nama
seindah goresan sabdamu dalam kitabku
cinta yang bertasbih
mengutus hati ini
kusandarkan hidup dan matiku padaMu
bisikkan doaku
dalam butiran tasbih
kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
sudah di ubun-ubun
cinta mengusik resah
tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
ketika cinta bertasbih
nadiku berdenyut merdu
kembang kempis dadaku
merangkai butir cinta
garis tangan tergambar
tak bisa aku menentang
sujud syukur padaMu
atas segala cinta
~~"cinta kpd Allah dgn ketaatan,
cinta kpd rasul dgn keperibadian mulia,
cinta kpd jihad dgn perjuangan,
cinta kpd makhluk dgn mentaati Allah,mencontohi rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dgn perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan,.,"~~

Tuesday, October 27, 2009

MANUSIAA ITUU,.

Lama rupanya ku tinggalkan sepi blog ini,.,biasalah terlalu sebuk menyiapkan proposal sama assignment hingga ke saat saat akhir hingga tak berkesempatan menulis kata melukis bahasa,.,rasa agak kekok pula untuk menyusun bicara,.,aahh tak kesah lah,.,pagi yang hening lagi penuh barokah ini saya dengan rendah diri dan penuh rasa tawadduknya ingin membawa sahabat sahabat merenung sejenak suatu ciptaan Allah yang maha ajaib n marvellous in the world,.,ape die,kucin bukan ayam itik bukan juga,.,jeng jeng,.,MANUSIAA,.,


Manusia tu macam kita laahh,,.macam saya,macam mak abah saya.,,macam zaujah saya,macam saudara saudari semua,.ada tangan,ada kaki,ada mulut utk berkata-kata,ada telinga untuk mendengar,mata utk melihat dunia,.,rambut utk.,utk ape yee?asal kejadian manusia yang marvelous ada macam-macam ni Allah ciptakan dari jisim kathif+jisim syafaf+nurani,.,menurut rumusan ramuan2 yang digunakan adalah seperti berikut : (blum pernah ditayangkan dlm rancangan masak memasak bersama chef wann)
jisim kathif=air+tanah
jisim syafaf=api+angin
nurani=akal+nafsu+roh+hati
so in conclusion
we total up the ingredients:
jisim kathif+jisim syafaf+nurani=jadila manusia yang comel.,,huhuu

Maka sambung cerita,.,selain manusia Allah dengan segala kebesaranNya telah juga menciptakan makhluk-makhluk lain sebagai teman manusia di atas muka bumi ini,kalu tak nanti manusia xde makanan pulak,mati akibat starving,so Allah dengan segala kebesaranNya telah menciptakan binatang-binatang serta tumbuh-tumbuhan,.,
Binatang-binatang itu contohnya seperti harimau,kucin ayam itik,kambing,semut dan lain-lain lagi telah Allah ciptakan dengan segala kebesaranNya menggunakan jisim kathif+jisim syafaf semata-mata tanpa adanya nurani.,



Hatta bagi batu batuan dan tumbuh tumbuhan cuntuhnya macam pokok serai,lengkuas,pandan,kelapa dan lain-lain lagi,.,juga contoh batu batuan ialah seperti granit,krikil,batu pasir,.batu karang,batu nisan juga batu blah batu bertangkop pula telah Allah ciptakan juga dengan segala kebesaranNya menggunakan hanya jisim kathif semata-mata iaitu air dan juga tanah,.



Hebatnyaa Allah,.,mampu mencipta macam-macam sedang kita hanyalah makhlukNya yang lemah hina dina n y sama waktu dgnnya,.,nak cipta apa-apa pun terbatas kemampuannya,.okee,mari kita cuba cabar diri manusia,.,cuba cipta satu benda tanpa gunakan apa-apa,.,contoh,..,.cuba cipta pensel tanpa guna apa2 bahan mentah seperti kayu ke batu ke granit ke,.,.boleh ke?mesti x bole kan,.itulah namanya kemampuan manusia terbatas.,,

Oleh itu saudara saudari sahabat sahabat yang dicintai Allah lagi dikasehi nabi di pagi yang penuh barokah ini setelah menikmati nikmat-nikmat ciptaan Allah dengan segala kebesaranNya marila kita menambah amal soleh dengan berzikir kepadaNya.,.,

oke,.,kita mula

wahid isnanii salasaa,..,.

subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahuakbarr,...(lagi ulang,ulang.,.,dan ulang lagiii)

moga ada khoirnya =)

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan 1430H




Assalamulaikum sahabat-sahabat seperjuangan,

Bersempena memasuki bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini saya dan keluarga ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan dan dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin.

Sudah pasti banyak majlis-majlis ilmu akan dan telah diadakan, untuk pengetahuan sahabat-sahabat sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini Pusat Islam dengan kerjasama Masjid al-Malik Khalid telah mengadakan kelas Talaqqi kitab-kitab turasy (kitab lama). Antara kitab-kitab yang diperbincangkan adalah seperti di atas:
Marilah kita mencari kelapangan untuk menghadiri majlis Ilmu yang sentiasa dipayungi oleh sayap-sayap Malaikat..
Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh semasa mendengar Tazkirah Ramadhan, Marilah kita renungkan erti Ramadhan yang sebenar iaitu, kepanasan..., Jika kita renungi firman Allah : " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan oleh umat sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa" Al-Baqarah 1:183
Kita dapat fahami bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan ini telah pun dilakukan oleh umat-umat terdahulu seperti umat nabi Daud yang telah diturunkan kitab Taurat yang mengandungi Syariat dan Akhlaq. Jika diambill contoh zaman nabi Daud a.s Allah telah mewajibkan umatnya berpuasa iaitu selepas waktu isyak hinggalah waktu maghrib. Manakala Jika dilihat pada zaman nabi Musa, Allah telah menurunkan kitab Taurat yang menjadi pegangan bagi umatnya berpuasa dengan tidak boleh berkata-kata. Begitulah sedikit perbandingan puasa oleh umat-umat terdahulu. Jika difikirkan Allah telah banyak mempermudahkan amalan berpuasa bagi umat akhir zaman ini. Wallahualam..
P/S: Minta respon dari sahabat-sahabat sekalian..