
Allah menciptakan manusia yang begitu sempurna tapi apa yang kita lakukan tidak semestinya selalu sempurna. kita tidak sedar.. tapi kesedaran itu timbul bila kita lakukan kesilapan.
Wednesday, August 26, 2009
Ramadhan 1430H

Thursday, August 6, 2009
NISFU SYAABAN

tok tok siak jg xkurang sebuknya,.,hampar tikar sampai ke luar,nk bc yassin 3kali lg.,terfikir knp mlm ne bru nk kalut bc yasin,knp kena 3 kali pula,..dah jadi adat melayu menyambut nisfu syaaban ne gamaknya,.,
sedang tiada nas atau dalil soheh yang menyebut soal ne,yang ada hanyalah nas nas yang doif lagi mardud torofnya..bg yang xamek lughah arabiyah ms secondary scool,mardud itu artinya tertolak.,ini diakui sendiri oleh para para imam mujtahid muktabar such as dr+prof qardawi dalam kitabnya fatwa muaasirat,juga prof terkenal kebanggan org2 mesir al imam syarawi dalam karya beliau 'anta tasal wa islam yujib'(you tanyalaa,islam nanti bg jawapan)
magrib itu saya juga ke masjid,masjid almalek khalid yang tersergam megah menjadi kebanggaan warga universt lestari di dalam taman yang anti sampah sarap dan sampah masyarakat ini,..,.seperti biasa saff solat xsampai separuh masjid,.muslimin hanya dlm 3 saff saje,.,tapi tu dah kira ada peningkatan daripada biasa,.,tp mak aii,.parkin penuh hari tu,.tepaksa la kuparkinkan wca kt tepi simpang kona jalan di situ.,.,.,lepas solat ada diskusen dgn al ustaz shahir n al ustaz rizal,.lepastu balik,.,dahhh,.menyimpang dr crta sbnr,.,bkn nk crt pasal p masjid,sbnrnya nk crt pasal nisfu syaaban y dh jd adat n kebudayaan melayu.,
aiwah,.,kt bwh ne ade beberapa soalan femes sekitar aktiviti yang melayu kita suka buat bila tiba nisfu syaaban with answers also.,so that we can refresh our understanding towards islamic activities.,.,.
SOALAN 1
apekah kelebihan@keistimewaan nisfu syaaban?
JAWAPAN:
ulama2 mujtahidin dah cari tp xde ape2 rekod soheh,.cuma malam yang di agungkan dlm islam hanya malam alqadr,
SOALAN 2
apekah hukum amalan membaca yassin 3x pd mlm nisfu syaaban?
JAWAPAN:
mbaca yassin 3 kali pd mlm nisfu syaaban adalah bidaah n tiada nas yang mensyariatkannya,amalan ini adalah sematamata adat melayu.
SOALAN 3
eh xkan bc yassin pun bidaah kut,
kan kita d galakkan bc quran,saya konfiuss lee,.
JAWAPAN:
bc yassin tidak bidaah,.,
yang jd bidaahnya bila dikaitkan dgn pristiwa n mlm tertentu sedangkan ia bukan d ambil dr nabi SAW,.
SOALAN 4
ade ke nas yang mengatakan pd mlm nisfu syaaban amalan kita setahun yang lalu di angkat ke langit n kita dpt buka buku baru utk thn akn dtg?
JAWAPAN:
pendapat tersebut adalah doif,ada d sebut dlm bbrp buah kitab tp tiada nas soheh,
SOALAN 5
ape hukum puasa sunat SELEPAS 15syaaban?
JAWAPAN:
berkata imam syaukani
"jumhur ulama mengharuskan puasa selepas 15syaaban krn larangannya dtg dr hadis doif,"
begitulah sahabat2,.,bulan yang mulia,,bulan syaaban ini kita di anjurkan berpuasa sunat kerana
menurut hadis dr aisyah meriwayatkan
"Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihiwasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallammenyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban."(Hadith riwayat Bukhari)
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:
Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulanSya`ban"
Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalanmanusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i)
Wednesday, August 5, 2009
SALAM UKHWAH TO MY ISDEV FAMLY =)

Buat sahabat2 yg belum berkahwin.. renungkanlah..
Doa Rabithah ini khas sebagai renungan kita bersama... Cuba sahabat2 hayati makna disebalik doa di atas.. Marilah kita aplikasikan dalam kehidupan seharian...
wassalam..
Tuesday, October 7, 2008
cinta syawal

Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka jawab syawal: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.Guru itupun berkata: “ Itulah makna Cinta ”.
Lalu Syawal pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab: “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal dengan membawa pohon yng tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab syawal: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan …. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya dan menjadikanya indah”.Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna Perkahwinan ”.Begitu banyak pilihan didepan kita seperti pohon pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke depan, yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.
Disakitkan-NYA kite sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cinta-NYA, disusahkan sedikit agar insaf namun segera di senangkan semula, itulah belaian-NYA.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasih-NYA.Dipangil-pangil kepada-NYA, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambanya, tapi si hamba tidak peduli langsung!!
Tuesday, September 23, 2008
hari y cerah,,.

Pagi biar kusendiri
Jangan kau mendekat, wahai matahari
Dingin hati yang bersedih
Tak begitu tenang, mulai terabaikan
Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
Begitu terang untuk cinta yang mati
Ku cuba bertahan dan tak bisa
Kubu langit kelabuku
Tak begitu luas seperti memudar
Kini tak terulang lagi
Di hari yang cerah, dia telah pergi
Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
Ku cuba bertahan dan tak bisa
Mencuba melawan ku lepas
Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi…
Begitu terang untuk jiwa yang mati
Ku cuba bertahan dah tak bisa
Mencuba melawan ku lepas
Semua telah hilang ….
Semua telah ….
ramadhan y berlalu.,.,
Ramadhan telahpun berakhir.
Biasanya, kehidupanku selepas Ramadhan adalah smooth.
Ramadhan bulan tarbiyyah. Bulan latihan. Aku dididik ketika Ramadhan. Dididik untuk lebih sabar. Dididik untuk lebih tabah. Dididik untuk lebih sistematik.
Tapi tidak Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini, satu kekecewaan bagiku. Satu kegagalan bagiku.
Gagalnya aku sepanjang Ramadhan, gagallah aku selepasnya jua.
“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Ramadhan meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Aku hilang tujuan. Hilang arah. Arah yang ku tuju dahulu, kini nyata hanya ilusi semata-mata. Sesatnya aku di cerah cahaya, ah, betapa gelapnya hatiku!
Dan kini, aku mula mengatur kembali langkah. Menyusun kembali kehidupan yang caca-merba.
Aku ingin menjadi aku yang dahulu kembali. Or even better!
